Monday, June 28, 2010

Dan Masih Berdiri Di Sini

Dalam kesamaran aku terjaga
mencari makna sisa-sisa usia
andai esok masih ada

Antara lena dan terjaga
aku cuba merangka kata
andai langkah masih berbisa

Aku ingin menjadi seperti...
diriku sendiri

Dalam ketawa kecil jariku menari
mengusik manja papan kekunci
SHIIIIII....ttttttttttttttttt


Hahaha aku ketawa lagi
atas futile attempt ku menulis puisi
atau mengukir baris berseni

Hakikatnya
Aku takde pun rajin nak tulis
ayat-ayat kononnya puitis
cet podacit

Jiwang kononnya
macho kononnya
pedulik hapa aku...

MWAHAHAHA

Mengapa aku..
mengapa jadi begitu?
ini ku nak bagitahu...

Sebabnya bukan luar biasa
hanya tersangkut di laman maya
nota penyair mengukir rasa

Hampeh la
macam aku rajin nak tulis puisi
tapi saja nak test skill
semangat teruja membakar diri

Sampai aku tak tidur-tidur lagi
blah la wei!

*****************

nota :
1) sebab tulis sajak hampeh ini, adalah kerana ter'melawat' weblog-weblog orang yang suka menulis 'posting' mereka dalam ayat kononnya 'poetic' atau berkarangan. seolah-olah puitis gitu-gitu. ni yang 'membakar' aku, sampai aku sendiri nak cuba, to see that if I incline, I can do as well.
2) SHHHHIIIII... tu adalah sebab aku tulis atas laptop aku, yang 'cursor'nya suka melompat-lompat. tengah sedap-sedap menulis, perkataan yang ditulis tu ada merata-rata dekat baris dan ayat lain. memang tak lama nak ekna eksperimen ngan Linux ni!

No comments: