Wednesday, December 10, 2014

Majlis Fatwa Cap Ayam

Mencari-cari apa lagi nak membebel, tapi ternyata seperti kata Zunar, bertuah di bumi Malaysia banyak idea dia nak buat kartun. Bertuah(?) jugak aku banyak benda boleh kutuk, boleh merepek.

Salah satunya, penyebaran artikel berantai HARAM nikah pasangan zina mengandung. Majlis Fatwa dah kata halal atau harus, ada jugak yang degil nak bagi HARAM.

Sebab itulah Tony Robbins kata fundamental tu penting (aku tengah dengar Get The Edge, nak set goals tahun baru la kononnya).

Dulu kat sekolah rasanya ada ustaz ajar syarat sah kahwin.

b) Syarat-Syarat Bakal Isteri.
1.      Islam
2.      Bukan seorang khunsa
3.      Perempuan yang tertentu
4.      Tidak dalam keadaan idah
5.      Bukan dalam ihram haji atau umrah
6.      Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
7.      Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
8.      Bukan isteri orang atau masih ada suami

Ada yang ambik no.4 sebagai dalil haram. Tapi maksud iddah :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Iddah
Di bawah Tips Tambahan:
# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

Well kalau diorang ni pengikut mazhab lain tak apalah. Tapi setahu aku Malaysia Mazhab Syafie. Kalau nak haram, haramlah sendiri-sendiri. Like I said before, tepuk dada tanya selera.

Dan begitu jugalah kes-kes lain yang mana kenyataan Majlis Fatwa seringkali 'dicapayamkan'. Kesian.

By the way, aku dah tersilap satu perkara. Tertengok satu drama Melayu hari tu, perempuan dipaksa kahwin sebab kena cekup. Perempuan tu meronta-ronta taknak kawin tapi kawin jugak. Aku ingat tak sah kalau kena paksa, tapi tengok balik syarat-syarat kat atas tu, well, sah rupanya.

Itulah pentingnya fundamental.

No comments: