Friday, December 12, 2014

Buntu Tentang Syiah

Ini bukanlah kisah encik Buntu yang menentang syiah, tetapi adalah kebuntuan fikiran lojikku beberapa waktu dahulu. Sebab menyemak dalam Google Drive aku, aku post kat sini, nanti boleh clearkan sikit Drive.

Sangat beruntung kalau dapat pencerahan yang jelas dan bukan sekadar emosi sahaja.

al-kisah:

Ingin bertanya sedikit tentang syiah, Mengapa ramai antara kita sangat beremosi menentang syiah di Malaysia.
di Malaysia.
Siapakah Syiah di Malaysia? Adakah syiah Islam atau Kafir?
1. kalau syiah Kafir. mengapa kita lebih emo menentang syiah tetap bersikap lunak kepada Buddha Kristian dsb. bahkan mereka bebas mendirikan gereja dan kuil dan aktif pula berdakwah. kalau syiah kafir maka bukankah mereka bebas beragama sepertimana Kristian dan Buddha di negara kita?
2. kalau syiah Islam. mengapa kita emo menentang Islam Syiah? adakah mereka salahguna harta negara? mereka rasuah? mereka meragut wanita, mencuri, menyamun, merompak? adakah mereka buang bayi merata-rata?
3. kalau syiah asalnya Islam tapi jadi Kafir.
maka apakah titiknya mereka jadi Kafir? apakah amalan mereka yang jadikan mereka kafir? bila, di mana dan bagaimana mereka jadi Kafir? apakah kita melihat mereka ini jadi Kafir? adakah ada rakaman audio, video atau visual yang menunjukkan mereka telah jadi kafir? apa alasan kita untuk menuduh sesetengah orang Islam jadi syiah atau Kafir?
berkenaan jadi kafir, rasanya dengan tak semayang pun BOLEH jadi kafir. tolak hukum Allah BOLEH jadi kafir.
 "...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah:5:44)
"Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia menjadi kafir." (Hadis hasan sahih, dikeluarkan oleh Ahmad, Syaikhan, An-Nasaie, Al-Hakim dan Ibnu Majah)
Dari Jabir r.a., katanya dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1, No.63]
kalau ada bukti jelas, contohnya azan mengarut versi syiah dsb yang OBVIOUS maka tidak syak lagi mereka syiah. syiah with all their ridiculous activities is a joke anyway.

dan bagi aku takiyah atau syiah berpura-pura bukan alasan munasabah. kalau buat tuduhan kemudian kata si anu berpura2 saja bukan begitu, hujah yg aku kira dangkal. masuk court pun tak boleh pakai.
dan begitu juga bukti-bukti gred A B C D E atau F. err rasanya belum keluar lagi gred A. Thanks for the laugh.


Soalan pertama itu juga penting untuk dijawab, imo. kerana aku tengok ramai makhluk2 di alam maya mahupun alam nyata menuduh si anu dan si anu sebagai syiah.

No comments: