Seringkali di FB kita melihat golongan-golongan yang tidak suka orang ramai membaca Fatihah dan Yassin. Orang nak baca Fatihah lepas semayang dikatanya Nabi tak buat. Orang nak baca Yassin malam Jumaat dikatanya Nabi tak buat. Semuanya bidaah. Haram. Kafir. Dan sebagainya.
Mungkin mereka ini Muslim yang baik dan selalu membaca Al-Quran, Tidak perlu waktu-waktu tertentu disediakan untuk membaca Al-Quran kerana Al-Quran sentiasa bermain dibibir-bibir mereka, Mereka ini insan soleh dan solehah, insya-Allah masuk syurga.
Bagi yang pemalas sikit macam aku, kurang soleh macam aku, dapat baca Yassin seminggu sekali pun syukur Alhamdulillah.
Malaysia masih aman.
Dapat baca Fatihah di luar semayang pun, WoW, dah rasa alim warak sangat. Honestly, berapa banyak kita baca Fatihah di luar semayang? Berapa kali kita baca Yassin seminggu?
Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment