Wednesday, December 10, 2014

Majlis Fatwa Cap Ayam

Mencari-cari apa lagi nak membebel, tapi ternyata seperti kata Zunar, bertuah di bumi Malaysia banyak idea dia nak buat kartun. Bertuah(?) jugak aku banyak benda boleh kutuk, boleh merepek.

Salah satunya, penyebaran artikel berantai HARAM nikah pasangan zina mengandung. Majlis Fatwa dah kata halal atau harus, ada jugak yang degil nak bagi HARAM.

Sebab itulah Tony Robbins kata fundamental tu penting (aku tengah dengar Get The Edge, nak set goals tahun baru la kononnya).

Dulu kat sekolah rasanya ada ustaz ajar syarat sah kahwin.

b) Syarat-Syarat Bakal Isteri.
1.      Islam
2.      Bukan seorang khunsa
3.      Perempuan yang tertentu
4.      Tidak dalam keadaan idah
5.      Bukan dalam ihram haji atau umrah
6.      Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
7.      Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
8.      Bukan isteri orang atau masih ada suami

Ada yang ambik no.4 sebagai dalil haram. Tapi maksud iddah :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Iddah
Di bawah Tips Tambahan:
# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

Well kalau diorang ni pengikut mazhab lain tak apalah. Tapi setahu aku Malaysia Mazhab Syafie. Kalau nak haram, haramlah sendiri-sendiri. Like I said before, tepuk dada tanya selera.

Dan begitu jugalah kes-kes lain yang mana kenyataan Majlis Fatwa seringkali 'dicapayamkan'. Kesian.

By the way, aku dah tersilap satu perkara. Tertengok satu drama Melayu hari tu, perempuan dipaksa kahwin sebab kena cekup. Perempuan tu meronta-ronta taknak kawin tapi kawin jugak. Aku ingat tak sah kalau kena paksa, tapi tengok balik syarat-syarat kat atas tu, well, sah rupanya.

Itulah pentingnya fundamental.

Tuesday, December 9, 2014

Gambar Comel Hari Ini

20141208_081755

Aiman dan Aira

Monday, December 8, 2014

Anti Fatihah dan Yassin

Seringkali di FB kita melihat golongan-golongan yang tidak suka orang ramai membaca Fatihah dan Yassin. Orang nak baca Fatihah lepas semayang dikatanya Nabi tak buat. Orang nak baca Yassin malam Jumaat dikatanya Nabi tak buat. Semuanya bidaah. Haram. Kafir. Dan sebagainya.

Mungkin mereka ini Muslim yang baik dan selalu membaca Al-Quran, Tidak perlu waktu-waktu tertentu disediakan untuk membaca Al-Quran kerana Al-Quran sentiasa bermain dibibir-bibir mereka, Mereka ini insan soleh dan solehah, insya-Allah masuk syurga.

Bagi yang pemalas sikit macam aku, kurang soleh macam aku, dapat baca Yassin seminggu sekali pun syukur Alhamdulillah.

Malaysia masih aman.

Dapat baca Fatihah di luar semayang pun, WoW, dah rasa alim warak sangat. Honestly, berapa banyak kita baca Fatihah di luar semayang? Berapa kali kita baca Yassin seminggu?

Tepuk dada tanya selera.

Sunday, December 7, 2014

A Little on Aira

20141123_164313
Gambar di atas diambil dekat Todagawa Kodomo Land. 
Kodomo simply means kids or children.

1. Aira bila naik kereta menangis nak pakai seat belt. LOL. Ingatkan sebab apa la...Tergelak aku.
2. Kelakar bila dia sebut perkataan Melayu, bunyi macam orang putih baru belajar. 'Ikan bilis'. Tergelak lagi. Nasib baik ada ajar sebutan baku sikit. 'Coklat'. 'Biskut'. Ajar 'Lemon/ レモン' tapi mak dia intervene bagi sebut lemon / ˈlemən.

Saturday, December 6, 2014

Derma Masjid hari Jumaat

Berapakah yang kita selalu derma dekat masjid? Pada hari Jumaat biasanya, ada tukang kutip, ada juga yang pas pas balang duit, ada yang statik dekat sudut masjid.

Adakah kita derma RM1? RM5? RM10? Atau tak derma langsung? Kalau derma RM10, berapa peratuskah dari jumlah pendapatan kita? 5%? 2%? Kalau income kita RM2000 sebulan, RM10 x 4 Jumaat, dalam 2%. SANGGUPKAH kita sedekah 2% dari pendapatan kita sebulan tanpa rasa berat hati?

OK, my theory is, kalau nak sedekah masjid pun kita bagi seringgit je, macam mana Tuhan nak bagi kita rezeki lebih? Kita tak mampu nak handle! Kalau kita tunjuk kemampuan kita nak 'bagi balik' dekat Tuhan, imo, IMO, Tuhan pun mungkin lebih murah hati nak bagi lebih lagi kat kita.

Macam bank pulak...

Friday, December 5, 2014

UMNO atau Melayu Terancam?

UMNO mendakwa Melayu terancam, atau diancam.
UMNO memerintah Malaysia sejak merdeka.
Soalan:
1)Kalau benar Melayu terancam, bermakna UMNO tak buat kerja. UMNO tak boleh harap.
2)Kalau Melayu tidak terancam, UMNO penipu, mahu kekal berkuasa. UMNO juga tidak diperlukan.

Apa jua, bagi aku UMNO = projek/kontrek/duit/rasuah. Tiada unsur-unsur ini itu BUKAN UMNO.

Wednesday, December 3, 2014

Among My Daily Questions:

"Why I didn't bring my lunch today?"

What hinders me? Do I have no time to prepare? Too busy? With what? Games? Family?
But everyone got kids and family, and play games longer and more engaging than me.

Time to look at my time management again.
Some say that you cannot manage time, you can only manage yourself.
Well, spare those bullshit and fancy words, just get the jobs done shall we?

Oh btw, I created a new quote today:
"The simplest way may not be the fastest way" - lesson from driving to Riza's house today. I realized that if I take a different and not so straightforward route I can maybe shave off a few minutes, depending on the traffic, of course. Anyway, the difference is marginal for short distance.