Sunday, July 4, 2010

Bila Bahasa SMS Mendominasi Blog...

 di lanun dari VF

author : hjhzae.multiply.com

Mengerutkan dahi barang sebentar, cuba untuk memahami makna dari huruf-huruf yang sangat dominan penggunaan konsonan-nya. Apa binatang lah yang dia maksudkan. Elok2 aku nak baca sampai habis langsung terbantut.

Ya! Itulah bahasa SMS. Bahasa handphone trend kini kerana ia amat mudah dan ringkas. Bahasa yang sebenarnya tidak asing, kerana tetap berbasis pada bahasa kita sehari-hari. Tapi bahasa sms nih dah menular dalam penulisan di blog2. Orang yang bertanggung jawab menjadi kan bahasa tak cukup sifat ni, tak lain dan tak bukan ... para remaja.

Kengkadang naik meluat nak memahami penulisan dalam blog remaja yang menggunakan bahasa tak cukup sifat nih. Ini termasuk lah blog anak aku dan kawasan yang sewaktu dengannya. Mungkin mereka lebih selesa menghancurkan bahasa dan mutu penulisan yang tak capai piawaian tu. Kalau bahasa slanga seperti "lom", "wat", "ajer", "ker" memang berleluasa lah. Mungkin auntie nih 'behind time' kut. Dah lah nak memahami sesuatu cerita mengambil masa, di tukuk pulak dengan gaya bahasa rempit yang sangat kasar intonasinya:

* jmpa tym kndri2 je..dgr skit2 cte psl aku pas2 memandai2 nk judge aku..lu sapa wey..tau lu tua skit dr aku,tp lu xknl aku, dh pndai2 jdge aku..porahhhh!!!..sker aku ler...

* woi hampeh... kimmak..abah ko lah... ko tgk muve ktne td??
Inilah realiti bagaimana bahasa dan budaya boleh rosak diakibatkan oleh pelbagai perkara. Bukan guru bahasa Melayu yang bersalah; bukan teknologi (sms) atau alatnya yang bersalah. Tetapi jalan fikir menjadi asbab dan keliru, dikorupkan oleh budaya segera itu.

Tu kata orang.. kata kita yang membacanya? Benda ni dah common dah, diaorang yang mengamalkan tulisan singkatan masih lagi tak ambil port benda ni. Tulislah proper, baru orang asing translate blog kita guna google translate tak pening kepala. Aku sendiri hingga saat ini memilih untuk tidak terlalu larut dalam penggunaan bahasa sms ini.

Tetapi tidak dinafikan ia juga dapat meninggalkan kesan buruk terutama dikalangan pelajar-pelajar. Penggunaan ejaan yang ringkas dikhuatiri terbawa2 semasa mengarang karangan ataupun menjawab soalan kefahaman tanpa beliau sedari. Kerana kelalaian yanag mereka lakukan, akan menjejaskan markah mereka. Bersesuaian dengan peribahasa melayu yang mengatakan 'ALAH BISA,TEGAL BIASA'
"Jd ko msh nak pkai sms sbg mdia utk pnlsn kat blog? Lau aku x dpek nak nlg"

No comments: