Thursday, January 16, 2014

The Real Kampung Boy

Dia memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan. Kelihatan seperti kedai makan, dengan meja dan kerusinya, namun yang lebih tepat mungkin kedai runcit kahwin kedai kopi. Selalunya dia tidak endah untuk singgah, tetapi kali ini terlintas di fikirannya mahu menghirup secawan teh dan berbual-bual dengan anak-anak muda penghuni setia kedai kopi.

"Maghi mmano nih tok rajing nnapok?"
Setepat dugaannya, penghuni setia kedai kopi adalah dari kampung itu juga, dan mereka tidak menjangka orang luar akan turut singgah melepak bersama mereka.

"Kawe ore asa kkapong ni jugok. Rumoh mulloh tok bbowoh bukik tu jah. Lo ni wi sewo kokre laing dudok mugo pok ddaro pong tok rajing kelik ccaro".
Dia hanya melihat mereka mengangguk-angguk faham, tetapi sebenarnya dia yang lebih memahami mereka. Dia dapat melihat riak mereka yang melihat dirinya sebagai 'orang luar' yang tiada urusan di kampung. Orang bandar yang hanya mengaku orang kampung tetapi tiada jiwa dan kehebatan orang kampung. Entah-entah masuk hutan pun tidak pernah!

"Kkapong ni nih, eci bomi mano hok kawe tok jijok lagi? Kawe gi belako doh. Kaki aye ko selipar jepong, jale tar ko jale ute rok ko selut ko sunga ko ggapo kawe gi belako doh. Burong ggapo kawe tok bidah, ike ggapo kawe tok igak. Mulo kkapong ni ute belako kiri kane. Babi ute ddok nitah sie male.

Wednesday, January 15, 2014

Sunday, January 5, 2014

Aira vs Aisar Afzal Abbasi


Son of bro Usman from Pakistan, who married a Malaysian lady from Penarik, Setiu.
They met in Korea.

Friday, January 3, 2014

Happy Birthday Aira!


bila masa bersanggul pulak nih?